Sekapur Sirih, Seulas Pinang
Memakan sirih pinang adalah merupakan suatu adat atau amalan masyarakat di sekitar Asia Tenggara. Sama ada kaum Melayu, India mempunyai ragam dan cara tersendiri dalam menggunakannya sebagai hidangan mahupun hal-hal yang melibatkan adat-istiadat.
Penggunaan sirih dan pinang boleh dilihat dalam pelbagai aspek kehidupan masyarakat. Antaranya ialah :
Makanan
Selepas penat mengerjakan bendang atau menuai padi, petani kebiasaannya memakan sirih sambil berbual-bual. Para nelayan pula membawa bekal sirih dan pinang semasa turun ke laut untuk menangkap ikan. Di dalam sejarah, para raja di istana memakan sirih sebagai santapan waktu rehat.
Adat Istiadat
Sirih dan pinang memainkan peranan penting di dalam adat istiadat Melayu terutamanya dalam perkahwinan, bermula dari waktu merisik, pertunangan, menikah, bersanding dan beradu.
Perubatan
Daun Sirih
Sirih dan pinang banyak digunakan dalam perubatan tradisional. Kebanyakannya digunakan secara luaran. Tuk Dukun adalah orang yang berperanan dalam penggunaan sirih pinang dalam konsep perubatan ini berserta jampi dan mentera. Selain untuk perubatan secara tradisional, sirih juga digunakan sebagai petua-petua Melayu.
Simbol dan pengantara Orang Melayu terutama di zaman dahulu sangat tertib dan halus dalam berkomunikasi. Sirih digunakan sebagai:-

- Hadiah ibu bapa kepada guru Al-Quran, sebagai tanda menyatakan keikhlasan hati menyerahkan anak-anak mereka mengaji dibimbing oleh guru tersebut.
- Sirih Perangsang menyemarak semangat dan menenang hati kepada perajurit ketika berperang.
- Mengundang seseorang ke majlis, tepak sirih dihulur, jika sirih dimakan ia menandakan undangan tersebut diterima.