DuluDalam beberapa dekad yang lalu, zaman kegemilangan kesultanan dan raja-raja Melayu masih begitu akur dan taat kepada adat resam serta budaya yang tidak boleh dipisah. Sirih dan pinang berperanan penting dalam upacara, adat resam dan budaya semasa, masyarakat Melayu ketika itu.
Sirih dan pinang merupakan perkakasan penting dan menjadi satu kemestian dalam perkembangan budaya yang telah diwarisi sejak turun-temurun. Dari aspek perkembangan budaya, sirih digunakan secara meluas sejak dahulu lagi, menjadi simbol kebudayaan dan masih lagi menjadi segmen penting dalam adat istiadat budaya Melayu hari ini. Selain itu, mengikut adat-istiadat Melayu lama, mereka melakukan pergendangan aliran silat utara, rata-ratanya mengamalkan adat memberi sirih pinang kepada guru sebagai tandaan hormat dan bersungguhnya untuk mempelajari seni bergendang. |
KiniMasyarakat masa kini tidak lagi menjadikan sirih pinang sebagai penggunaan dalam pelbagai aspek kehidupan yang biasa dilakukan oleh masyarakat dahulu yang menggunakan sirih pinang sebagai hidangan makanan, adat istiadat, perubatan dan sebagainya.
Namun, pada masa kini sirih pinang menjadi sebagai alat hantaran untuk majlis perkahwinan. Kebiasaannya, majlis perkahwinan ia dijadikan sireh junjung manakala masa majlis pertunanagan ia dijadikan sebagai tepak sireh. Tradisi ini dikenali sebagai berkapur sireh. |