Peralatan/bahan-bahan
Daun Sirih
Sirih dan pinang banyak digunakan dalam perubatan tradisional. Kebanyakannya digunakan secara luaran. Tuk Dukun adalah orang yang berperanan dalam penggunaan sirih pinang dalam konsep perubatan ini berserta jampi dan mentera. Selain untuk perubatan secara tradisional, sirih juga digunakan sebagai petua-petua Melayu.
Kapur
Kapur atau cunam (kapur mati) berwarna putih likat seperti kerim yang dihasilkan dari cengkerang siput laut yang telah dibakar. Hasil dari debu cengkerang tersebut perlu dicampurkan air supaya memudahkan lagi untuk disapukan keatas daun sirih bila diperlukan.

Kacip & Pinang
Pinang merupakan tumbuhan tropika ditanam untuk mendapatkan buahnya dan kerana keindahannya, sebagai hiasan taman Tingginya antara 10 hingga 30m dan meruncing dibahagian pucuk, ukuran melintang batang pokok 15sm. hingga 20sm. Dibahagian jemala (crown) pokok ini berbentuk bulat dan berwarna hijau semasa muda dan apabila masak ia menjadi kuning dan merah.Nama saintifik bagi pinang ialah Areca Catechu. Dalam bahasa Hindi buah ini dipanggil supari dan pan-suparisebagai sirih pinang. Tetapi bahasa Malayalam dipanggil adakka atau adekka, Sri Lanka pula dikenali sebagaipuvak, Thai sebagai mak dan masyarakat Cina memanggilnya dengan nama pin-lang.
Pokok ini membiak dengan cara menanam biji yang sudah cukup masak. Biasanya biji itu disemai dulu dan kemudian ditanam di dalam pasu atau beg plastik. Semasa kecil pokok ini sesuai dijadikan pokok hiasan pasu. Apabila sudah besar, elok ditanam di luar rumah. Buahnya boleh digunakan untuk perubatan. Pucuk Areca Catechu dan pucuk-pucuk dari Areca Borneensis dan Areca Triandra boleh dimakan. Pucuk Areca Hutchinsoniana digunakan sebagai penghapus parasit. Hampas pinang rebus pula diletakkan pada luka-luka.

Gobek
Terdiri dari dua komponen yang dibuat dari logam berbentuk silinder dan berlubang ditengah dari hujung hingga kepangkalnya ibu gobek. Dibahagian hujungnya disumbatkan dengan kayu yang sama besar dengan saiz lubang tersebut.
Manakala komponen yang satu lagi dipanggil anak, saiz yang lebih kecil terdiri dari besi padu dan dibahagian hujungnya seperti mata kapak serta mempunyai hulu dibahagian pangkalnya.

Cembul
Sebagai satu komponen didalam tepak sirih yang terdiri daripada lima sekawan iaitu untuk bekas pinang, kapur, gambir, tembakau dan bunga cengkih.
Berbentuk bulat dan bertutup, dibahagian bawahnya terdapat tapak agar membolehkannya terletak dengan betul. Pada kebiasaannya cembul untuk bekas kapur berbentuk silinder atau berbeza sedikit dari yang lainnya. Diperbuat dari logam iaitu tembaga, perak juga saduran emas.

Gambir
Sejenis tumbuhan yang terdapat di Asia Tenggara. Gambir termasuk dalam keluarga Rubiaceae. Daunnya berbentuk bujur telur atau lonjong dan permukaannya licin. Bunganya berwarna kelabu.
Gambir biasanya dimakan dengan sirih. Ia juga dimanfaatkan sebagai ubat, umpamanya untuk mencuci luka terbakar dan kudis, mencegah penyakit diarea dan disenteri serta sebagai pelembap dan menyembuhkan luka di kerongkong.

Celepa
Berbentuk bulat pipih, segi lapan atau sepuluh serta cembung dan bertutup kemas. Diperbuat dari perak, berukir dan kepada pemilik yang berada seperti raja atau sultan akan diperkemas lagi dengan saduran emas serta bertatahkan permata. Mempunyai gancu untuk mengikat rantai halus seperti kalung.
Celepa pada kebiasaannya untuk mengisi tembakau atau piak sirih. Digunakan apabila seseorang itu berpergian, maka dalam perjalanan tersebut celepa amat sesuai digunakan.